Bina Sendiri Halaman WebSecara umumnya, semua orang boleh membina halaman web sendiri. Susah? Mahal? Semua bergantung kepada kemahuan; dan yang paling penting kemahuan untuk belajar!
Apa yang kita perlukan untuk memiliki halaman web sendiri? Sekurang-kurangnya anda harus ada idea atau bahan yang mahu ditampilkan. Idea dan bahan-bahan inilah yang akan kita tukarkan kepada bentuk digital - halaman web. Halaman web adalah dokumen digital yang mudah dicapai oleh pelawat di mana-mana sahaja; pada bila-bila masa. Jadi bagaimana untuk bolehkan dokumen ini mudah dicapai? Halaman web yang hendak dibina mestilah disimpan di dalam sebuah mesin (komputer) yang sentiasa hidup (24 jam sehari, 7 hari seminggu), dan yang penting sekali ia mestilah boleh dicapai oleh semua orang. Berapa kos untuk dapatkan sebuah komputer seperti ini (untuk simpan fail halaman web)? Kosnya bergantung kepada pakej (ciri-ciri) yang ditawarkan. Anda tak mampu (atau kedekut)? Jangan risau... ada yang PERCUMA! Formulanya mudah... semakin mahal anda bayar, semakin baik dan laju capaian kepada halaman web anda; semakin murah (apatah lagi yang percuma), semakin perlahan dan kurang baik prestasinya :-P Bagaimana pelawat (atau pelanggan) boleh jumpa halaman web kita? Rahsianya adalah pada nama (dan alamat) halaman web yang kita pilih. Memilih nama untuk halaman web mungkin tidak terlalu susah. Walaubagaimanapun, memilih alamat halaman web ada isunya... Anda perlu MEMBAYAR untuk alamat yang baik! Alamat yang baik akan memudahkan pelawat menghafal dan mencari halaman web kita. Anda seorang yang bajet? Jangan risau, ada alternatif yang PERCUMA! Tapi sekali lagi formulanya adalah: yang berbayar alamatnya cantik; yang percuma pula alamatnya panjang dan tidak mudah diingati... Untuk mendapatkan sedikit gambaran bagaimana untuk membina dan menerbitkan halaman web anda sendiri, sila 'download' dan baca nota serta Blog yang saya sediakan (",) | Aplikasi web Pilihan:Web Host / Pembangun Web www.weebly.com byethost.com coolpage.biz www.webeden.co.uk Bina Borang Web www.zoho.com docs.google.com Borang Maklumbalas kontactr.com Peti Pesanan www.shoutmix.com site.bumpin.com messenger.yahoo.com/pingbox/ Jam / Jadual www.clocklink.com calendar.google.com Terjemahan translate.google.com Islamic www.al-habib.info Statistik Pelawat www.statcounter.com www.histats.com whos.amung.us |